Oct 31, 2010

Its already the end of Week Of Waste and tomorrow is Isnin, and I'm happy for it because my class soon going to start! Alhamdulillah, what a relief because sengsara tau tak if you had nothing to do and the time passes by macam tu je. PEMBAZIRAN.

And today, don't know why, I woke up real early (for me la) for Subuh today, we actually had a plan for a jog at the new and hardly-ever-sekarang-dah cantik Taman Dataran Nilai and ia menjadi. But, at first, planning pergi 3 orang je but how lucky, the whole dorm ikut. So, it was sangat seronok since tak pernah keluar almost all of my dormmates join sekaki.


^This picture is shown as to impress you guys since I ran 3 round and a half, non-stop FYI. Sorry, terbangga pulak. :)

Few minutes before jogging. Alaa, korang bukan jogging pun, aku and Aifaa je excited lebih, kan kan? XD




Harap je warga Nilai, but I never noticed this sign before -.-

Well, Please be jealous for those yang balik minggu ni haa. Haha. 'Aqilah, Sarah J, Aimi and Yaya, hehe. Lain kali jangan balik. :)

Oct 28, 2010

HB AL :)

Today is a special day for a friend of mine. She is good in Arabic tau, don't play-play. Well,


Happy Birthday Anis Liyana,
HB AL for short, hehe. :)

Hari ini sama seperti semalam, class macam takda je -.-

Mood : I need usrah, ta'alim and everything that related, because since class tak banyak start lagi ni, I seems getting far from you, Ya Rabbi. :'(

Oct 27, 2010

Hari telah diisi.

On the 3rd day itself, I already have classes. Okay, only one yang ada lecturer, and I have lost energy just by walking to class which I already sensed there will be no lecturer. Sgt membazir my energy. -.-


And Ibu, I bought Level6 books just now. Just to inform Ibu, since you always read my blog and you've been my best stalker ever. I love youu, I know I'm sweet! :)



Today, my lecturer told me that our Expressive Corner will be a compulsory place for us this semester. Thats mean that EVERYONE have to express something there, atleast walaupun untuk class. Nervous, I know everyone will be watching especially all the brothers, since the place is at Block B. Tak patut betul -.-

Alhamdulillah, atleast ada la juga hariku telah diisi dengan benda berfaedah (going to class) or else I'll be spending my time doing nothing or ternganga inside my dorm (joining Wawan, haha) and plus, its raining outside, memang susah la nak keluar, sebab kononnya I'm planning nak duduk kat library. (berdedikasi tak saya ni ^.-)

Well, post kali ini akan memuatkan kisah dua hari sebab rasa malas nak update blog menghantui diri, heuheu (ayat blog Mualimah). On the second day, I was bertungkus lumus settle up everything, since my jadual is serabut and also the system. Sungguh, ini mencabar keimanan serta kesabaran hamba Allah yang hina ini. Syukur tak meletus je -.-

Tapi, takpa. Ujian. Petang tu, Wawan and Mualimah teman me went to Nilai Square, nak beli tudung kat my favourite kedai. And demi permintaan Wawan nak bergambar, kami turuti laaa jugak. adehh -.-


+ Mualimah, diam. Aku tahu dah ape kau nak cakap. :D

Thats all for today. :)

Mood: Rasa nak kurus la, badak-badak di ladang dah memanggil-manggil ajak mandi berendam sekali dah. XD


Oct 26, 2010

Obor.

I got this from iluvislam.com, which they got from another blog too. Well, sharing is caring. :)


Buat dia yang kucintai secara diam
Rasa itu menyelinap halus 
Seluruh urat darahku terkesan 
Biak warna pelangi 
Indah 

Berombak dada melakar ilusi 
Gerakku menjadi segar 
Langkahku gagah, di atas kuntum-kuntum teratai 
Indah 

Wajah itu terus-terusan mengasak 
Pandangnya bundar tetap 
Bicaranya lembut mendamai atmaku 
Santunnya melirik rindu 
Indah 

Saat kusedar 
Kusyukuri anugerah-Nya 
Nikmat cinta 
Harusnya indah 

Dan buatmu yang kucintai dalam sunyi 
Indah itu obor, untukku miliki.

I know, even myself pun tak faham sgt, cuma I got attracted by the tajuk. :)

1st day.

I woke up at the earliest hour that I'd been woke up before in my entire life. (Saya bangun pada jam yang paling awal saya pernah bangun dalam hidup saya) khas buat diri saya yang sangat bersemangat kononnya menghadapi semester baru ni. Tapi semangat sedikit luntur kerana I have nothing to do on the first day since the class will start on Rabu. So, basically, I was jalan-jalan je around campus doing nothing.


Takda la nothing sangat, but I went with Anis Amirah, my greatest Mualimah ever, to settled up our appeal application for our 'first and hope its the last one' summons. Pray for it will be approve. Amin.


Had breakfast with gadis-gadis lindungan Kaabah after been through all the departments. 
And inspirasi takda. Its okay, as long as I have my gadis-gadis lindungan Kaabah, I'm complete :)


Well, all good wishes and Ahlan Wasahlan to the 3rd intake comer. All I have to say about Nilai is it might be buruk to you compared to PJ, but it is the best, trust me. + Zfah, don't worry, saya disini if you needed anything okay? :)

Oct 25, 2010

First time in history


The first in my whole life. But but, I'm innocent! I should not get this just because of I did not send the key. Okay, ini telah sedikit lower my semangat for semester 2. But, its okay. Ramai lagi dapat jugak. thousands yang dapat ye. XD

Thank you UIA, for that. -.-

Hai Nilai

Sayup-sayup kedengaran lambaian Nilai menjemputku kembali. (Adakah ayat novel yang I try to copy ini betul? Ayat agak kel*** disitu). Okay, dengan aku arrived there 2 minutes before 5pm, I am the last person of the day to register. Fuhh -.- Oh nilai, terima kasih kerana sudi menerimaku kembali.


And our katil2 telah bertukar posisi. Lapang nampaknya. Wahh, this one I like. And my katil is again, atas. Seronok tau apabila badak berada diatas. XD


Roommates juga ber'story tanpa henti'. Riuh. Yelaa, lama tak jumpa kan. 


Actually, takda idea apa yang nak ditulis, since Intan ni menyibuk kat sebelah. Terima Kasih Intan, jadi stalker paling honest. :D


And bertambah semangat, because bertambah collection orange dalam dorm. Thanks Wawan. :p


New semester, new position katil, new semangat! and.. new subjects and bertambah. -.- (Relax Aisyatun, ujian ujian)


+ Aziefah, cepatlah datang. Tak sabar nak tambah generasi Teknik Gombak kat Nilai ni. :)


Ehh, ada lagi nak cakap ni. (bertambah-tambah pulak idea sbb Intan dah takda, hhe)


Lepas register, Ibu ajak makan bakso. Fuhhh. Pedas gilaaaaaa. Tulaa, mula-mula berlagak, konon tak pedas, letak 2 sudu sambak cili hijau tu, even ayah yang suka pedas letak satu sudu. Sekali, 3 gelas air aku habiskan -.-
Menyesal, tak nak makan sambal dahh. Tapi, bakso tetap licin.






Ahlan Wasahlan, Semester 2! :) Rasa kehilangan sebab inspirasi takda kan :'| (Please la Aisyatun, asal emotional sangat ye?)


Mood : teringin nak berat baru jugak laa. :p

Oct 22, 2010

Ujian.

Ya allah, ini adalah ujian yang agak berat untuk saya. Walaupun tak seberat orang lain yang lagi berat menerima ujian dari-Mu, tapi setakat ini, inilah ujian yang agak berat aku terima. Aku yakin denganMu Ya Allah, Kau turunkan ini buatKu kerana selama ini aku leka and alpa. Maybe I didn't take this is important for me and I kept myself busy at other things. This is what I get. I realised what I was missing after all this time. Kau telah buka pintu hati aku balik, agar aku kembali sedar and trying the BEST that I can to change for the good. Aku yakin, and aku tahu aku patut bersyukur keranaMu Ya allah, Kau masih sedarkan aku akan this things. This shows that you always care for me. :'(

Even my Ibu pesan, "..Kakak, kalau nak duduk sebaris dengan '4flatter' tu, kakak pun kena get the same. Semua orang boleh buat. Kakak pun mesti boleh buat jugak.."

Now I realised something. If I believe, nothing is impossible. Thank you Ya allah. :')

New week, New aim, new Hope. Come on Aisyatun Nadhirah! Hwaiting :)

Oct 20, 2010

-.-

Takut melihat suasana politics our country nowadays. Goyah. -.-

Result..

Ya allah, result keluar petang ni. Takut berbaur huru hara menghantui diri..Well, as I didn't not do THAT well during that final, of course takut menyelubungi diri, rite? Aiming flat, memang, itu tetap main aim. Cuma usaha sangat kurang kearah itu. Harapan exempted English itu sangat didoakan, atleast I don't have to take it for the next semester, which ada la sikit masa terluang since my jadual in Sem 2 will be sangat packed! Okay, fikir positive ye aisyatun nadhirah.

Anda-anda, doakan the best for me. Insyaallah, berkat besar tu. :)

Oct 18, 2010

Maher Zain.

Know what? I was introduced to his songs when I'm in CFS IIUM. I love UIA. Start dari situ, I'm in love with his songs. <3


Rasa jealous menghantui diri to those yang dapat pergi showcase Maher Zain. -.-
Ada hikmah disebalik semua ini kan? Kalau tak, I might be one of the muslimats yang terjerit-jerit masa concert dia. 'A'uzubillah, minta dijauhkan dari saya. 


Takpa, Aisyatun Nadhirah. Dapat Album serta signature Maher Zain pun takpa. Well, thanks to my aunt, Makwe. Penat dia tolong pergi jumpa MZ kat The Curve tu. <3


I like, i like. :)




Tampal sekejap kat fridge lagi tuu. Tapi, kena put out. Mana bole tampal poster dalam rumah, Malaikat tak masuk. ;)


Lets give full support to Islamic songs, jangan nak sokong Paramore or Adam Lambert je.
:)

Hari Ihtifal Tadika Amal. (Graduation)

Kuala Lumpur, Sun, 17 Oct - An ala-ala graduation day was held for children of Tadika Amal. It was held at Masjid Wilayah, KL. Alaa, tempat Datuk Siti Nurhaliza kahwin tu. (haihh, rosak format newspaper, kiki). The masjid was beautiful, MASYALLAH. And semua budak-budak tadika ni comel-comel belaka yee. Kenapa ye? Sebab mereka tiada dosa :)


The suasana was happening. Kadang-kadang I felt pity kepada tetamu-tetamu khas kerana time memberi ucapan, almost 70% hadirin tak memberi tumpuan, sebab dengan voices of kanak-kanak itu, semua memberi tumpuan pada budak-budak. Kesian Emcee and pemberi ucapan. :)


3 cawangan Tadika amal are involved on the evening session. The hall was full too. And all the persembahan was menarik. Ada yang sampai lupa skrip time baca sajak Bahasa Arab. Kelakar. :) Nak tahu? I was once one of the students of Tadika Amal on 1998. Imagine how berabad dah Tadika Amal telah berkembang. *Banggaaa :)


This event is also a penyampain sijil event for those who have finished their tadika days at Tadika Amal. Junior graduation day la katakan. Ahmad Fahim (my youngest brother) graduated juga! To adik : Cehh, dah graduate! Ahsanta adik. Tahun depan, masuk dah sekolah. Belajar rajin-rajin yee :) <3


Saya sendiri rasa seronok serta bangga melihat anak-anak kecil membuat persembahan yang berkonsepkan Islam. Kanak-kanak yang telah diajar konsep ISLAM sejak kecil. I like this. Golongan ini lah yang perlu kita pupuk dengan ajaran yang benar, bukan hanya sekadar dengan lagu-lagu dan hiburan yang tiada unsur-unsur islam. Tahniah Tadika Amal, I'm proud to be one of your student :)


Ni penting. They are all in burtuqal! My fav colour, hehe :)

Comel. Persembahan ini berlatarkan lagu Maher Zain - Palestine will be free


Adik saya dah 'graduate', saya bila lagi? Insyallah, 4 tahun lagi di UIA Gombak. :)

TAHNIAH ADIK, Ahmad Fahim Ahmad Shukri :)

The event ended lebih kurang after Asar. Saya pun ambil kesempatan la take few pictures ber'latar belakang'kan Masjid Wilayah. Anggun gituu :)


Cantik kan? Subhanallah. *Berangan nak nikah kat tempat ni satu hari nanti :p


It is beautiful, isn't it?

Betul kata orang, Masjid is the most peaceful place, it is full of tranquility. My advice, seek any Masjid if you feel serabut, trust me, you'll find peace from it. Hayya ilal Masjid :)

Oct 17, 2010

IBM Family Day.

It was held on Saturday, 16/10/2010 at Cosmoworld Theme Park, Berjaya Times Square. Actually, I was menumpang someone else's ticket which belongs to my auntie's friend, since I'm not part of syarikat IBM itu. hhe.  Tapi, seronok apa. dapat free entrance tu. And I get to try all of the games inside! itu sangat cool :)

At first, teman my adik-adik main kids game which I pun join sekaki. Belum matang yee. Selamat tak patah machine-machine tu, takut la, mana tau overload, since I'm huge kan :)

And I tried roller coaster tu! My heart was beating super duper fast. Lepas naik je, jantung tinggal kat London gituu -.-


I am up there! Gayat gilaaa, sumpahh :'(

I tell you, never try the'washing machine'. Pening and sangat pening, you will fell that you wanna puke! It was berpusing bnyk kali, mcm washing machine laa. sampai nak amik gambar pun jadi blur. Bayangkan betapa extremenyaa -.-


My adik-adik got the tattoos, not the real one laa :)

The badut is in 'burtuqal'. And why is he whiter than me?-.-

Rasa nak naik roller coaster tu again. Thriller and serious fun! Jom pergi lagi, cabar diri anda try the roaller coaster. :)


Oct 14, 2010

Coretan : Cerita kerja

Dah almost 3 weeks dah I'm working. Alhamdulillah, although sangat penat, kaki tercabut, kepala pusing serta banyak lagi, namun, seriously, pengalaman ini banyak mengajar saya. I've experienced what does it feel when you get scolded by your boss's mother (merangkap macam supervisor yang not official dilantik) in front of customer! Okay, itu agak segan serta memalukan diri tetapi tidak mengapa, perjuangan tetap diteruskan hingga hari ini. Atleast, bila aku sudah berkerjaya satu hari nanti, takdalah malu sangat bila kena marah dengan boss (muka tembok) and and, haa, at last, tomorrow, is last day I'm working for this semester 1 break. Sampai boss ajak kerja dgn dia again bila ada semester break again, wahh. Adakah aku seorang pekerja yang sangat gigih sehingga dipelawa demikian? Oh, saya berbangga serta bersyukur pula. hehe. Awhhh, at least holidayku berbaloi jugak, although it is only for 3 weeks. if not it will be wasted towards fats and sleeps. hehe


Well, nak diceritakan that today, I met a wondeful person merangkap costumer laa. Cara dia bersuara pun dah dapat agak, 'Pakcik ni for sure educated person ni'. Tanpa segan silu, I asked him, 'Pakcik, pakcik ex-teacher ke dulu?'. 'Yee, pakcik bekas pengetua Sekolah Sultan Alam Shah'. Subhanallah. Power pakcik ni, no wonder nampak educated, sekolah hebat tu. Berborak few minutes dengan pakcik, setiap kata-kata yang dia sampaikan banyak faedahnya. Betul kata pakcik, between Education, Politics and Economics, masyarakat kita nowadays put the priority,as Politics came first. Itulah hakikat. Nasihat pakcik pada saya, "Make Education as your first, Economics on the second and Politics came third. Without knowledge, you are nothing". I strongly defended his statement. Education is not only about what you have learn in school or based on exam-oriented, but the benefits from it and how you apply in your life. 


The moral of the story is, setinggi-tinggi or serendah-rendah mana kita pun, knowledge determines our maturity. Kan? Thank you pakcik, for tuning my moods up. :)


+Mood : dapat gaji, rasa nak beli JUSMATE 5 laa. Anyone menyokong idea bernasku ini? :)

Oct 13, 2010

Perkongsian : Isu Zina Hati

This issue have been highlighted these few days, or maybe it is myself who accidently terbaca few articles about it. Okay, stop. Well, the main point is I really like penulisan Hilal Asyraf on his blog, Langit Ilahi. Satu penulisan dan pengolahan idea yang cukup bernas. Congrats Hilal. What I wanted to share with you is his idea about Zina Hati. Jom kita baca..


Cerpen saya yang terkini, nampaknya menjemput satu ayat dua perkataan bertulis: ZINA HATI. Saya tidak faham di mana silap dan salahnya kerana perkataan itu adalah amat ‘asing’ dalam arena penulisan saya selama ini, walaupun karya-karya yang lebih kurang demikian telah banyak dikeluarkan oleh saya sebelum ini.
Tapi seronok juga. Boleh menulis artikel ini. Haha. Hidup ini mahu tenang dan steady sahaja. Cool.
Jadi di dalam artikel ini saya akan membicarakan berkenaan Zina Hati.
Dan sedikit teguran kepada orang yang hendak ‘menegur’ berkenaan Zina Hati ini.
Semoga Allah redha.
;-)
Asal istilah Zina Hati
Hati boleh berzinakah? Aha. Mana datang istilah Zina Hati ini? Datangnya adalah daripada hadith berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.
Maka di sinilah munculnya istilah Zina Hati.
Bukan sebarang reka sahaja ya. :-)
Bagaimana zina hati?
Macam mana hati boleh berzina? Adakah dengan membayangkan dirinya melakukan zina dengan kekasihnya? Boleh juga demikian. Tetapi tidak semestinya perkataan ‘zina’ itu diterjemahkan kepada mengkhayalkan perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj semata-mata.
Zina Hati boleh juga terjadi apabila kita terlalu asyik mengkhayalkan pasangan kita, orang yang kita suka dalam keadaan mereka itu masih belum mahram terhadap kita. Yalah, zina itu adalah untuk kita dengan yang bukan isteri@suami kita. Kalau dia suami@isteri kita, itu tidak zina namanya. Tidak begitu? Fahamkan?
Maka yang membawa kepada terlalu asyik mengkhayalkan itu boleh bermula dengan pergaulan yang tidak terbatas baik di alam maya atau di alam realiti, dengan pelbagai cara dan versi. Akhirnya ia mewujudkan gangguan di dalam jiwa dan hubungan kita dengan Allah terganggu. Di sinilah berlakunya zina hati.
Kita tidak akan memandang Zina Hati ini besar, melainkan ia menganggu hubungan kita dengan Allah SWT. Hal ini kerana, dua perkara yang mustahil bersatu adalah keingkaran kepada Allah dan ketaatan kepadaNya. Gangguan terhadap jiwa, semestinya melunturkan kehidupan hati kita.
Satu perkara yang perlu diperhatikan di dalam hal Zina Hati adalah, apabila ianya tidak terkawal lagi, maka mungkin kita akan terbayangkan ‘zina’ yang sebenar di dalam khayalan kita, dan kemungkinan besar kita akan benar-benar melakukannya di alam realiti.
Maka hendaklah kita kembali memerhatikan bagaimana kita dalam menjaga batas hubungan antara lelaki dan perempuan.
Satu perkara berkenaan Zina Hati
Satu perkara penting perlu diperhatikan pada Zina Hati adalah, terletak perkataan ‘hati’ di sebelah perkataan ‘zina’ itu. Ya. Ada perkataan ‘hati’. Maka di sini, siapakah yang dapat menghukum, menghitung, mengadili hati seseorang manusia itu?
Selain Allah SWT, saya tidak kenal sesiapa yang mampu melakukannya. :-)
Sebab itu, kita tidak boleh mengatakan kepada si fulan bin fulan: “Enta dah zina hati ni.” walaupun mungkin dia kelihatan angau berjalan melayang macam atas angin. Hal ini kerana, ingat, jatuh cinta, rindu, itu adalah fitrah. Dan naturalnya, memang manusia ada waktu ’slip’nya, tetapi tidaklah itu boleh dijadikan dalil untuk menghukum hati seseorang.
Guru saya di dalam ilmu Aqidah, Dr Ala’ Hilat mendidik saya bahawa: “Hatta sekiranya kau melihat seseorang itu sujud kepada pokok sekalipun, jangan sesekali kau mengkafirkannya (yakni menghukum keimanannya). Tetapi katakanlah kepadanya, bahawa perbuatannya adalah perbuatan orang kafir.”
Maka kaedah ini digunakan di dalam permasalahan hati, dan semestinya permasalahan perkara Zina Hati ini. Tidak boleh menuduh seseorang itu: “Enta zina hati ni,” tetapi bolehlah berkata kepadanya: “Angau-angau ni bolehlah membawa kepada zina hati. Enta kena hati-hati.” Ternyata, ayat pertama dan kedua adalah dua ayat yang sama sekali berbeza. Di sini letaknya beza ‘tuduhan’ dan ‘teguran’.
Sebab itu, sebagai contoh paling dekat dengan mata anda sekarang, adalah artikel saya dan website Langit Ilahi ini. Jika anda perasan, Langit Ilahi banyak membincangkan hal-hal hati, keimanan, hubungan dengan Allah, dosa dan sebagainya. Banyak hal dalaman. Tetapi apakah saya mengajar anda untuk menghukum orang lain? Tidak. Banyaknya melihat diri sendiri.
Sebagai contoh, apabila saya berkata keimanan itu buktinya adalah amal. Kalau tak pakai tudung itu tanda tidak sempurnanya iman. Dari segi fakta, ia benar. Tetapi ia tidak boleh digunakan untuk menuding jari seperti ini: “Tengok akak tu, dia tak pakai tudung. Iman dia tak sempurna.” Tidak dan tidak. Tidak sesekali untuk menghukum orang lain.
Dia tidak memakai tudung, itu mungkin adalah simptom kurang sempurnanya iman. Maka kita sebagai ‘doktor’ menjangka dia ada masalah iman. Tetapi kita tidak tahu, benarkah dia ada masalah keimanan dengan Allah? Atau dia memang tidak tahu tudung itu wajib? Jika dia tahu tudung itu wajib, apa masalah lain yang mungkin menyebabkan dia tidak memakai tudung? Maka kita approach dengan hikmah, untuk merawat ‘tidak pakai tudung’ yang kita nampak.
Tetapi bayangkan ya, anda terus-terus berkata: “Hei si fulanah binti fulanah, kau tak pakai tudung ni, iman kau tak sempurna.” Agak-agak apa pandangannya terhadap kita?
Sebab hal-hal sebegini, jika hendak digunakan untuk mendidik masyarakat pun, ia perlu dikeluarkan dalam bentuk umum. Sebab kita memang tidak akan mengetahui apa kondisi hati seseorang. Kita hanya dapat menjangka sahaja. Yang benarnya, hanya Allah tahu. Maka sekiranya kita menegur, kita tegur secara umum. Jika benar dia bersalah, dan teguran kita adalah teguran yang kena padanya, insyaAllah dia akan tertarik kepada kita dan memperbaiki dirinya.
Tidakkah begitu? :-)
Ekstremis di dalam isu Zina Hati
Saya pernah menyarankan berkenaan: “Kalau rindu, jumpalah tunang. Ajaklah makan bersama famili.” Kaedah ini diajar sendiri oleh guru saya, mudir saya, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
Tetapi, wujud suara-suara menyatakan: “Ish, mana boleh. Nanti zina hati.”
Pada saya, ini adalah pandangan yang ekstremis. Minta maaf saya sebut.
Cuba lihat kiri dan kanan anda, apa suasana masyarakat hari ini? Hubungan tanpa syara’ itu sudah jadi kebiasaan bukan? Couple pegang-pegang tangan, dating dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, memang kita pun ada hajat hendak melakukan demikian. Lebih-lebih lagi kalau yang bertunang tu memang bertemu pun tak pernah, atau sembang pun jauh sekali, sms pun hal-hal penting nak uruskan itu ini then full stop. Jadi apa salahnya me’rai’kan kegundahan jiwanya dengan cara yang syara’?
Kenapa mesti mengeluarkan isu Zina Hati di sini?
Tidakkah anda melihat bahawa teknik ini adalah ‘gula-gula’ untuk menenangkan ‘anak yang merengek menangis’? Di sinilah seninya.
Contoh lain. Cerpen-cerpen jiwang yang syar’ie. Yakni ditulis berkenaan percintaan antara suami isteri. Mengapa diungkit perkataan Zina Hati? Kemudian dikaitkan pula dengan pengarangnya, dinyatakan pengarangnya juga Zina Hati. Mengapa demikian wahai manusia-manusia yang saya kasihi?
Tidakkah anda melihat dari satu sudut bahawa watak itu adalah SUAMI&ISTERI? Kemudian sejak bila pula anda menjadi TUHAN dengan menyangka penulisnya membayangkan yang bukan-bukan? Kemaruk itu dan ini? Sepatutnya, karya adalah karya. Penulisnya adalah penulisnya. Apakah jika seorang penulis berjaya menulis satu watak yang jahatnya tak boleh blah, sadis dan kejam, dikatakan kepadanya: “Dalam kepala enta ni ada juga bayang benda-benda begini ya.”
Sedangkan, kadangkala, seorang penulis itu(contohnya saya) tidak menulis sesuatu itu dari ‘pengalaman’(yakni pernah buat, atau mengkhayalkan diri membuatnya) tetapi mungkin karya itu terhasil dari maklumat-maklumat lain(bacaan, pengamatan) yang diadun dan digubah menjadi karya. Dan perlu dilihat juga, KESELURUHAN karya membawa kepada apa? Apa tema utama? Apa yang hendak disampaikan? Tidakkah ZINA HATI merupakan satu perkataan yang hakikatnya merupakan cebisan puzzle yang tidak tepat untuk melengkapkan ‘puzzle’ karya tadi?
Maka, jika ekstremis di dalam Zina Hati ini tidak dikawal, maka ‘gula-gula’ buat masyarakat dalam mengajak mereka kembali kepada ‘cinta yang bersih’, memperbaiki takrif mereka terhadap ‘cinta’, akan lenyap. Apakah begitu yang dikehendaki?
Maka tidak boleh wujud kompilasi Aku Terima Nikahnya, maka jangan ditulis Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih, maka jangan dibuat Tautan Hati dan Mawar Berduri, dan karya-karya Hlovate sepatutnya diharamkan. Kerana semua itu, sekiranya difikirkan secara ekstrim, mampu membawa kepada zina hati.
Bagaimana?
Maka di sini nasihat saya. Memang bagus niat baik nak risau fasal Zina Hati. Tetapi ekstrem juga bukanlah sesuatu yang bagus. Tambah-tambah, berkenaan hal hati yang ‘tidak nampak’ ini.
Betul? :-)
Penutup: Zina Hati, Allah adalah saksi
Maka akhirnya, jika dilihat dan diperhatikan kembali, zina hati adalah sesuatu yang hanya Allah mampu menjadi saksi. Kita sebagai manusia, yang hendak mengajak diri dan masyarakat agar menjadi hamba yang Allah redhai, hanya mampu menjaga diri sendiri dan memberikan teguran kepada masyarakat dalam bentuk umum.
Adapun tuduhan, adalah tidak sesuai langsung hakikatnya. Oh, melainkan anda adalah Khidir di zaman ini, maka itu bukanlah termasuk di dalam ajakan saya ini. :-)
Pesanan kepada semua pula, sekiranya benar hendak menjadi hamba yang Allah redha, maka hati adalah perkara pertama yang perlu dijaga. Niat, keikhlasan, kejelasan matlamat, semua perlu diperhatikan. Begitulah juga pentingnya menjaga hati dari maksiat-maksiat, lebih-lebih lagi yang halus menyusup seperti Zina Hati ini.
Hal ini kerana, apabila hati dijangkiti virus-virus ini, hubungan kita dengan Allah akan terganggu. Itu semestinya.
Allah adalah saksi. Walaupun mungkin orang lain tidak berhak menghukum kondisi hati kita. Tetapi Allah tahu.
Dan kita juga tahu kondisi hati kita sendiri, untuk melakukan perubahan.
Atau kita memilih untuk membiarkan? :-)'
*Haaa. So, how? Amazing kan dia. Apa yang Hilal trying to sampaikan is that janganlah kita berani menghukum kerana itu adalah tugas Allah. Ok? Article ini telah open my mind tau. Saya yakin anda juga begitu. :)