Dec 16, 2011

Angan tinggi ada caranya

Assalamualaikum :)

Saya sudah dapat agak, sejak dari dulu lagi, saya tak mampu bergelar blogger tegar. Tapi, apa saya peduli, takda orang baca blog saya pungg. ^^

Tak apaa, selagi saya masih bernyawa, saya akan teruskan dakwah cool saya, in my own style. woo~

Nak bercerita pasal kahwin, semua mesti tersenyum tersengih, mulalah berangan-angan tinggi. Sudah pasti masing-masing ada pilihan sendiri, bukan? Nak yang kacak? Yang Tinggi?
Tapi saya tak perlu semua itu, yang penting berimann~ ^^ #nak berangan jugak

Oleh kerana Allah have promised us that:
'(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.' Annur:26

Maka, saya sungguh yakin, kalau kita semua mahukan mengikut ciri-ciri yang kita nak, kita PERLU juga jadi macam tu. Baru setanding kan? ^^

Jadi, jomlah kita sama-sama menjadi macam yang kita nak pada bakal suami/isteri!
Anda mampu ^^

Nov 12, 2011

What is Muslimah sejati actually?


Akhwat sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Akhwat sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al - Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al - Qur’an tersebut.
Akhwat sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana ia mampu membentengi hati.
Akhwat sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Akhwat sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktivi solatnya.
Akhwat sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman - teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Akhwat sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud
Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya.
Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.
Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.
Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Akhwat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.
Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari Kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
-Unknown (Via Farhanah Ehsan <3)

Nov 9, 2011

yang lepas, let it go.

Assalamualaikum. :)


Every sinner have a future, every pious have a past.


Kehidupan perlukan pengorbanan dan perubahan. Itu yang mengajar kita.


Dulu, saya pernah berada dalam zaman 'jahiliah saya'. Pengalaman bersekolah di sekolah kristian, banyak merosakkan saya. Tenggelam dengan keseronokan dunia. Ibu ayah tidak dihiraukan. Baran menguasai diri.


Bukan aku tidak menutup aurat, aku membalut aurat. Nauzubillah
Bukan tidak pandai menjaga masa, leka membazirkan masa. Nauzubillah
Lebih pentingkan kawan dari segalanya. Nauzubillah.
Syukur Alhamdulillah, seribu kali syukur SM Teknik Gombak selamatkan saya.


Di teknik, Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. Mengajak ke jalan yang benar. Belajar erti sabar. Semuanya indah atas Kuasa-Nya. Sungguh, rasa bagai baru lahir ke dunia baru.
Bergelar ahli surau pada waktu form 4, itu sudah cukup jadi bahan ketawa kawan sekolah dulu. Pedih, siapa tak pedih diketawa begitu. Tetapi bagiku, itu bukan hinaan, pujian untuk saya terus bermujahadah!


Mujahadah itu payah, kerana syurga itu indah.


2 tahun berada dalam kelompok yang sentiasa mengingatkan aku tentang hebatnya Allah, rasa bagai beribu tahun dah. Indah. ALHAMDULILLAH.


Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
[al-Anfaal, 8:29] 


Indah jalan yang Dia aturkan untuk saya. Lepas SM Teknik Gombak (yang bagai SM Tahfiz Gombak pada saya :D), Dia bagi laluan UIA pada saya. Bertemu, berjumpa orang-orang yang memperjuangkan Hak Dia.


Syukur, InsyaAllah saya masih berada pada jalan INI. :")


+ Maka pada sesiapa yng pernah bersekolah agama/DQ, bersyukurlah. Saya teringin. Sangat.


P/S: Masing-masing ada pengalaman masing-masing. Don't judge people by his past, judge how he plans for his future. :)

tak perlu.

" Aisyatun, blog kau tak fames la. Tak bnyk follower pun."
" Semua entry kau tak berkomen pun. Loser laa"

Banyak yang kata macam ni.

Maaflah, Bukan nama, populariti yang saya kejar.
Biarlah tak ramai kenal pun, lagi ramai kenal la saya tak berape minat.
Biarlah sesiapa je yang sudi. I don't mind. :)


P/S: Bila nak kurus ni? Kena usaha lebih :D

Nov 8, 2011

Assalamualaikum :)
Demi memenuhi request Aimi, seorang sahabat. Sila hiraukan, jika rasa kurang bermanfaat. :)

11 things about myself:

1. I look like the youngest but the fact is, I'm the eldest in my family.
2. Orange is my favourite colour. Don't hate my kitchen if you see my kuali is orange in colour. (haha, over la kan)
3. Volleyball is my bestfriend, one of it. So, kalau anda spike kuat, jom ajar saya.
4. Allah menganugerahkan pada saya wajah yang biasa, sebab saya yakin, wanita solehah tidak ingin dipandang dan di puja lelaki bukan mahram.
5. Saya suka sukan tidak bermakna saya ganas. Muka je ganas, hati cute. :D
6. Amat mudah tersentuh dengan kebaikan orang. Yakin itu juga dtg dari Allah.
7. Saya rasa semua orang ada tanggungjawab sebagai seorang daie. WAJIB tunaikan.
8. Bergelar seorang pelajar UIAM.
9. Berpegang pada " Allah gives us things that we NEED, not things that we WANT".
10. Saya simple je orangnya. Mungkin selekeh? :D
11. Amat tidak reti buat ayat-ayat sastera, bunga, walaupun bergelar pelajar sastera. Maaflah if ayat-ayat saya macam ape je -.-'

P/S : Rindu usrah. :'

minta yang mahu, dapat yang perlu.

Some of the family of uia's naqibs and naqibahs.
Assalamualaikum. :)

Pernah diberi peluang oleh Allah, mengendali usrah di UIA. Berbekal ilmu yang ada, mungkin masih tak layak bergelar naqibah, saya teruskan jugak. Ikut gerak hati, 'Aisyatun, kau kena belajar handle benda ni. Kalau tak sampai bila2 tak belajar'. Betul jugak kan.

Pada awalnya, borang untuk menjadi calon FRC dibuka, saya bergegas ke STAD, dengan harapan tinggi ingin jadi barisan ketua FRC. Melepasi interview yang tidak kurang hebatnya, saya berpeluh sebaldi keluar dari interview. Mana tidaknya, time aku je ade Bro. Izdihar, Ustaz Majid and Sir Razak, semuanya orang atasan. T.T

Alhamdulillah, diterima masuk dalam keluarga FRC. Namun, setelah menghadapi kem Fasttrain FRC, saya diberitahu saya tidak tersenarai dalam barisan atas/ line-up FRC.

Siapa tidak sedih. TETAPI, kata-kata Abg. Shahidan terus menaikkan semangat saya.
"Yang tidak terpilih bukanlah tidak bagus, cuma Allah bagi peluang pada orang lain untuk asah bakat mereka. Mungkin kita dah bagus, Husnuzon dengan Allah okay? " :')

Berbekalkan semangat yang ada, saya kendalikan usrah/study circle selama 10 minggu. Alhamdulillah, bukan setakat saya menyampaikan, malah saya jugak dapat.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Risau juga,takut mungkin adik-adik usrah 'bosan' dengan cara saya. Maaflah adik-adik uii, akak korang ni mungkin banyak merapuu. Tetapi, bak kata HH, Presiden FRC,

"Jika isi yang disampaikan lapuk, saya mula sedar sebab apa isi yang sama sering diputarkan.
Kerana ia isu yang tak pernah selesai dan cuba diselesaikan oleh mereka yang sudah tahu.
Jika cara penyampaian mereka tidak mantap, saya menilai kembali siapakah saya yang tak pernah ke depan untuk menyampaikan ilmu yang sudah saya hadam." <3

Moral of the story, Saya rasa mungkin apa yang saya MINTA untuk berada dalam line-up bukan yang terbaik buat saya. Saya PERLU belajar mengendali usrah, sebab kita semua daie kan? :)


P/S : Rasa nak kurus balik lah. Jom jogging? :)

Nov 4, 2011

When the simplest thing in the world, like goreng ikan, you failed.




Sekian.


P/S : Nak bajet wordless wednesday, tapi bnyk pulak cakapnyaa. -.-'

Oct 30, 2011

Mengapa Doa tidak dimakbul Allah?

Assalamualaikum wbt. *Nada ceriaaa
Selalu terfikir kenapa doa kita kadang-kadang atau jarang dimakbul oleh Allah?

Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
- Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT.
  • Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
  • Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
  • Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Wallahualam. Sekadar peringatan buat saya dan saudara semuslim sekalian. :)

Oct 29, 2011

Pesta Sukan IPTIM 2011

Assalamualaikum wbt!
*Nada ceria disituuu

Oleh kerana LAMA tak update, bukan setakat habuk, mungkin tikus atau lipas pun dah berkurun dah kat sini, ini ceritanyaa.

Pesta Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) 2011 telah berlangsung di Pusat Asasi UIAM, PJ yang bertindak menjadi tuan rumah kali ini. Bnyk IPTA & IPTS yg bertanding, malas nak taip semua, mungkin banyak la kann --'

Pada mulanya, selection sahaja dah makan 5 hari, setiap kali session selection je dah rasa mcm training. Agak penat. Tapi takpee, Saya telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk mewakili UIA dalam volleyball! *Bawak bakat dari sekolah tuu.

Sekarang UIA tak pakai AXEL, pakai MIKASA tuuu

UIA bagi kepercayaan kepada coach SUPIAN, player Sarawak, yg juga merupakan coach Team MASUM UIA Gombak. Best sgt coach ni ajar derrr, walaupun sesi training makan masa 1 week and juge makan muka kami T.T



ALHAMDULILLAH, setelah bertungkus lumus, berperang dalam hujan pun ade, rezeki Allah is everywhere, Both team Volleyball brothers and sisters UIA dapat champion, which is very sengit in the final, lawan dgn KUIS.



Coach kate, dia dah boleh rasa kami boleh kejar champion. Trademark coach "Winner never quit, quitter never win. So try hard" Awww, sayang coach lah.

Yang penting, bukan saje saya menang game, saya menang KAWAN and PENGALAMAN. Thanks to you, ya Allah, for giving me this chance to get to know these people. Jumpa di MASUM UIA Gombak <3


Volleyball Team CFS Cougars IPTIM 2011 Champion! :)




Sep 19, 2011

alhamdulilah, happy 19!

Assalamualaikum.

17.9.1992 - dulu.
17.9.2011 - sekarang.
19 years old. :)

It's always a blast day if that day is your birthday, aite? So I am. With all those wishes came from friends on FB and phone, it just made my day, Alhamdulillah. Thank you, YA RABB, for making my birthday, a happy day, again just like previous ones.


Thank you, Ayah, Ibu, for this lovely watch :)

P/S : Dah tua dah kau, Aisyatun. -.-'

Sep 14, 2011

Aneh.


Assalamualaikum.

Ahh, berangan je lahh, study tak habis lagi, duit nak beli tomyam pun tak cukup, inikan 'atas' ni. Fuhhh, lambat lagi. Calon pun takdaa T.T

Kahwin? Tunang? Tak mungkin dalam waktu terdekat. Nak mengurus diri pun masih tak mampu, inikan nak mengurus 'masjid'.

Benar, ini adalah suruhan agama, malah Ibadah! Tetapi, mungkin seruan 'wajib' belum memanggil.

Based on apa yg diceritakan oleh senior2 di UIA Gombak, hampir setiap hari perkataan 'nikah' disebut-sebut. Trend la katakan, lebih kurang standard la dkt Islamic Instituition ni. Agak takutttttt la kan -.-'

Dapat sms dari kawan baik.
"Nak berkahwin, kena berilmu. Nak berilmu, kena kawal diri dari dosa. Nak kawal diri dari dosa, kena mengenal diri. Bila kenal diri, kenal Tuhan. Bila kenal Tuhan, kenal CintaNya. Bila kenal CintaNya, tak heran dah dgn cinta manusia."

SubhanAllah. Kan hebat gitu.

'Cukup dgn hanya membiarkan rasa itu bericara di hati,
cukup hanya aku dan Maha Dia mengerti' - Contengan Jalanan
**ewahhh. :)

P/S: Anys Amyra, siapa yang nak kahwin? Mungkin kau dulu lah kot. :P

Aug 21, 2011

Semangat baru.

Assalamualaikum wbt.

Mungkin apa yang dilihat pada diri aku ni seorang yang sangat ceria dalam kehidupan sehariannya. Bukan nak kata berlagak atau perasan nak kata diri aku ni ceria, tapi apakan daya, orang dah nak cakap macam tu, InsyaAllah terima je dengan hati terbuka. hoho :)

Tapi, sebenarnya, banyak kali dah aku pendam. Mungkin sudah terbiasa dengan situasi macam ini. Kadang-kadang, hati ini kuat meraung. Kenapa aku selalu kena macam ni? Apa lebihnya pada orang lain, kurangnya pada aku? Inilah kelemahan aku, mungkin 'kurang' bersyukur.

Allah gives us things that we need, not thing that we want.


Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin Allah meletakkan aku dalam situasi macam ni kerana nak aku sedar ataupun memberikan aku salah satu skill bagaimana untuk menjadi dan menilai seorang sahabat yang baik. Kan indah bila kita selalu bersangka baik, tak ada lah hati serabut sangat.

Berseorangan lebih baik daripada beramai yang banyaknya tidak menbawa faedah.


Kadang-kadang rasa betul juga, bila certain things buat sorang-sorang, tidak serabut terlalu memikirkan perasaan orang. Tapi, aku rasa hidup berkumpulan itu perlu. Cuma, aku kena belajar face the problems and chin up! Ini baru masalah kecil, banyak menanti aku. :)

P/S: If you don't live for something, you will die of nothing. *Betul jugak ye.

Aug 12, 2011

Nikmat Allah bagi pinjam.

Dorang selalu ingatkan aku bahawa Allah masih ada. :'


"You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do.."

Bruno Mars - Count on me.

Sahabat yang terbaik di kalangan kamu adalah sahabat yang apabila kita pandang wajah/perilaku nya, ia mengingatkan kita pada akhirat.

<3 Thanks a lot, Asilah, Farhanah, Adilah. :'


I am home.

Nikmatnya dapat balik rumah every weekend in this Ramadhan is a bless and get to make my Ibu's hand handy. Making cookies for raya, cat rumah (InsyaAllah). Lots more. Yang penting, I get to be with my siblings. :'

Jul 27, 2011

Berkat kerja baik.

Been given a chance by Allah swt where I am part of the chosen ones to be in LOVE OUR CHILDREN ROAD TOUR CAMPAIGN 2011. :)

Pada mulanya, program ini bergerak di bawah FSCC,(yang mungkin aku tidak layak to be part of it). Then, ada ruang kosong utk menempatkan aku dan muznah as the committee members. Syukur. Thanks Haikal. :'

Tak tipuu, penat kerja. Tak mungkin lah hasil kerja yg cukup cantik tidak datang dari usaha yg kental, bkn? Hampir EVERYDAY, we had meeting, meeting and meetings and I rarely show up my face in my dorm. Kalau ada dkt dorm pun, sampai ada yg mengatakan, "Hai Atun, takde meeting?'. Sungguh kurang asam. :)



Got the chance to be the MC for the opening ceremony with the presence of Wardina Safiyyah, you know! Mungkin agak tidak adil apabila MC tak dpt bergambar bersama Wardina kerana memberi laluan kepada tetamu? Mungkin.

Fatin Athirah turun padang memberi sokongan. Sweet kan? :')

Alhamdulillah, semua perjalanan berjalan lancar. Dapat juga akhirnya travel ke Melaka and Johor, mungkin aku jadi perak kejap, mungkin 'foreigner' buat sementara waktu. -.-'

Its been too long.

I'm not a good blogger. Because I don't have enough time to keep-up-to-date, kesian my blog. But, its okay. As long as it is mine, I am freely to write whenever I want, am I?

I missed out on Taaruf Week, FRC Fasttrain and many more. I'll tell more. :)

May 25, 2011

Sarjan Pantun saya

Alahai. Appeareance, to those with beautiful faces, wouldnt say that 'that' face is a good looking face. Very so Dedikasi, skema, mmg nampak macam nerd lah. But I dont care. Hatinya baik.

Teringat tiba - tiba, I was once mad at this person. The person argued on our arguments, and aku terus tak suka dia. Teruk tak aku? :)

Tu lah orang ckp, jgn benci, nanti suka. Hatuk kepala ke dinding, kena batang hidung sendiri balik. Bayangkan, aku mengangkat barang, like banyak gila di tangan. Dikelilingi orang-orang kacak, semua tak boleh pakai. Budak biasa ni sorang jugak la datang tolong, dari jauh pulak tu. Siapa tak cair kan kan? Allah maha adil. Walaupun luar hanya biase je rupa paras, hati cute tahu! Ini yang saya cari selama ini.

Jodoh agaknya, banyak kali terserempak walaupun aku tak pernah cari dia. Allah nak uji ni! Astagfirullah.

Jeng jeng jeng, Ini lah kisah pertama being a Taaruf commitee saya.. :)

Moral of the story : Kau jgn merapu, Aisyatun. -.-'

Dia nampakkan jalan.

"Atun, look. Allah gives us things that we need, not the things that we want. Mungkin menjadi mc untuk taaruf week bkn yg terbaik utk atun. Inshaallah, rezeki jadi mc ni bukan stkt taaruf week sahaja. Takpa, betulkan niat. Jgn sedih sgt. Buck up! Atun bkn xlayak. Its just that Allah has something better 4 u syg :)"

Those words really mengesan very deep down in my heart. After having that audition, I feel like I was not myself. I keep blaming myself for not doing the best. Really, Im not what I am capable of during the audition. Everyone knows how they were, kan?

Mungkin inilah cara Dia menampakkan jalan. After all these times, aku hanya selesa dengan pujian dan lupa siapa memberi kelebihan itu pada aku. Aku lupa, siapa yang beri aku kekuatan dan keistimewaan itu.

Betul kata Farhana Ehsan, "Its okay, cry your heart out, spill. Jgn pendam. Bersangka baik dengan Dia, He knows best. Mungkin dia pelihara kau drpd unwannted things during taaruf week."

Mmg betul kata dia. Aku KENA bersangka baik. Maybe bukan ini terbaik buat aku, ada lebih baik. kan? :')

Apr 9, 2011

karenah diri - sendiri

Sambung cerita semalam. Handphone hilang.

Ya Allah, malam itu punyalah aku tak boleh tidur, memikirkan soal hp aku hilang. Astagfirullah. Kejap-kejap terjaga dari tidur. Tumpang bilik kawan aku, since dia tinggal sorang dekat bilik dia.

Tiba - tiba, pagi tu, around 8 am, satu announcement menggegarkan Mahallah kami. *Siapa yang ada hilang handphone, sila jumpa Encik Badrul.* Hamek kau, aku punyalah terkejut, bangun berdiri secara sentap. Basuh-basuh muka sikit, then terus bergegas ke post guard dengan tidak mandi. Terima kasih. -.-

"Makcik, tadi ada announcement pasal hp hilang tu. Siapa Encik Badrul ye?", soal aku. Rupa-rupanya, Encik Badrul itu pakcik kedai pakcik tu haa. Aku pun, apa lagi, lari marathon ke kedai pakcik la. Tanya-tanya pakcik, pakcik kata pekerja dia, J, yang jumpa kat dalam pokok-pokok tengah-tengah mahallah ni. Ya allah, aku punya lah sangat bersyukur, sujud syukur kat situ jugak. J, menyesal aku selalu ejek kau cakap 'Balawasi, balawashi', end up, kau yang jumpa handphone aku. Terima kasih laaa. T.T

Moral of the story: Aku yakin, InsyaAllah, aku kita percaya and redha dengan Allah, Dia akan tolong kita. Barang halal, insyallah, jumpa balik. Lepas ni, gantung handphone kat matric card! -.-'

Apr 8, 2011

Ujian berat.

Handphone saya hilang. Saya tak tentu arah mencari sekeliling Mahallah sehinggakan saya sendiri merasakan I lost a few kg hanya mencari handphone yang hilang. Ada hikmah disebalik semua ini. Saya yakin. :'(

Handphone, handphone. Siapa tak sayang kan. Baru sekarang saya sgt memahami why those people who lost their phone would terribly go around like crazy. Lagi-lagi kes mcm saya ni, baru beberapa saat tertinggal, turn back balik, sudah lesap! Kejamnya manusia itu. T.T

Kalau difikirkan kembali, ada hikmah semua ini. Kalau tidak kerana Allah meletakkan hati hambanya kekuatan and ketabahan, tak mampu rasanya saya untuk meluahkan perasaan di blog ini. Ada hikmah kan. :")

Semoga pencuri tersebut terbuka hatinya and berfikir kembali mencuri itu adalah salah. Atau mungkin, dia tidak cukup duit untuk perbelanjaan harian di UIA ini, since elaun tak masuk untuk short semester ini. Takpa laa, die perlukan duit tu agaknya.

Tapi, sudah semestinya saya bakal dimarahi oleh parents saya nnti. Redha je laa. Yang penting, kena bergegas ke Celcom Center, nak renew sim card.

Moral of the story: Setiap yang kita punya adalah milik Allah swt. Belajarlah untuk bersyukur. :) And JANGAN CARELESS. *Salah diri sendiri. T.T

to Emma.

I dedicated this post to my loveliest friend, Emma Aziz, for her birthday. Happy Birthday, sweetie. May Allah bless you and please know that, my Du'a is always with you. I love you.

your old friend,
Aisyatun Nadhirah <3

Mar 20, 2011

Tahniah buat Syakila

Setelah berkurun abad lamanya tidak ku update the blog, this entry will specially go to Syakila. Well, selamat datang ke dunia maya, yam tog!

More stories will be coming:
- Baktisiswa
- and.. so much banyak sangat. -.-'

P/S:
- Short semester sudah tiba. Nilai memanggil. Selamat Tinggal dunia lena, Assalamualaikum dunia belajar.

Feb 15, 2011

Kekasih Dunia Akhirat.

Today is the day, 12 Rabiulawal tarikhnya. Tahu lah one day off, but tak payah nak kecoh at FB today is one-day off walhal kita harusnya bersyukur today is the day of kelahiran Kekasih jujungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Perbanyakkan selawat serta muhasabah diri kerana diri ini sungguh hina jika dibandingkan dengan Kekasih Allah SWT. T.T'



Jom dengar In-Team - PemergianMu. Sumpah menyentuh. :'|

Orang-orang hebat saya punya.

Assalamualaikum.
Peeps, Im warning you, this entry tak sedih sgt walaupun I'm here trying to make it sedih. Silakan.

Well, lets make it simple. Imagine, you are dying there and seems can’t to be on your own foot again, who will always be there?
This is real. The dormmates.

Yeah, I know I know. Even in my dorm, tak semua like, basically sangat rapat with each other, tapi dorang lah yang selalu ada dengan korang kan? See? Haaaaa.

  1. Who are there being with you when you sleeps ternganga? Dormmates.
  2. Who are there being with you, sama-sama peluh balik kelas? Eww. Dormmates.
  3. Who are there being with you, when you woke up, your hair always like singa? Dormmates. *ini khas aku punyaa.
  4. Who are there sharing the same *krek krek* sounds of katil yang mcm nak roboh since you are like badak? Dormmates.
  5. Who are there, when you tak lalu makan, since you mentioned the word "katak' before and then they finishes your food?. Dormmates jugak.




Haaa, dorang jugak banyak tolong you guys. Terharu tak? Cepat-cepat, peluk dormmates sekarang. *Compulsory. Sila sediakan tisu bersama, untuk mngelap air mata yg telah keluar. Kalau ada. -.-‘

Do appreciate you friend now. Without them, you are, sort of HOPELESS. Siapa sokong, doa kan saya cepat kurus. Ok?

Moral of the story: A-2-6, You guys are too perfect for me. None of the words could describe how great you guys are. Thanks a lot. :’)


P/S:
- To Ana and Sara J, thanks for being such an adorable fans to my blog! weeee~ HAHA
- Exam Arab ni, wish me luck! 

Feb 8, 2011

Final Exam Mood. It seems like I am going to away AGAIN. Sorry, Its almost a week I haven't update the blog. Super busy life. Or maybe, i don't have the heart YET to write again. Sorry Swanky(the hamster), I'll feed you soon enough okay?

Lots Of Love,
Aisyatun Nadhirah.

Feb 1, 2011

what happen on 31/1/2011

Why Monday? Monday is the day when my heavy-metal class schedule would be and I'm trying to make every Monday of mine better than the other. I have this thing going on where I have to constantly went through my quizzes which is A LOT and this makes me constantly, again looking through at the notes. This is actually good which reminds me of Final Exam is just 2 week more to go. Bagus. -.-

Of course, due to all the tiredness and again, had this thing going on which my bank is running out of money and this had ruined my day. Normally, people would say 'this is life and this kind of things do happen". Well, I do agree with that. But, Alhamdulillah, The Almighty Allah gave me strength to actually put a smile on my face and face this matter smoothly because He knows this would be beneficial to me. It do reminds me of those unlucky ones, who would have gone crucible far more worst than mine and I know I should be thankful. :')


AND the main thing is, maybe because of the berkat from all this, something special happened. Yeah, He is the planner of everything, aite? He plans all of this, I knew it. *Okay. I was tired and felt that I can't go to this ceramah going on but my heart keep telling me to go although I was physically tired. But, I manage to go. At there, all of the sudden, the person that I never expected to be here again BUT I'm expected to see the person like, in main campus was here. Yes, here in Nilai! I sunk in my own blood that time. *Nangis terharuuuuuuuuuuu

Can't talk more. Kang bocor rahsia pulak. kekeke

Moral of the story: Be positive toward Him and Allah always have reward on that.

P/S:
1. Hari yang sangat seronok. Takpa, next time we meet in Gombak. Just wait for me. <3

short.

The beginning of the year might me the toughest for me to face. Might be facing some hardship again. Thats life and thats how Allah show His ways that He do concerns about me.

I'll try to hide the sorrow with a smile. :')
Yasin and Al-Fatihah to the strongest man I ever known, My Grandfather, My Aki. And My Tok Wan Anuar.


P/S:
1. Terasa kehilangan juga. :'(

Jan 28, 2011

Oh my. The room's kosong. Since most of them gone for BTN. Tak bagus la macam ni -.-'

Jan 27, 2011

MEdSI

I'm planning to take TESL in my degree years and I needed this thing called MEdSI


What about MEdSI? Here's some. :)


For those who apply for ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)or other education programme offer by local universities, if you fulfil the programme's basic requirement, you will need to sit for a test called Ujian MEdSI.

You can start to check whether you are been selected to sit for the test on 13 April 2009 through MPM website. Mostly those who apply for education programme will need to go for this test unless you do not reach the basic requirement of the programme.

MEdSI test or Ujian MEdSI is kind of a psychology test. You'll need to answer 300 questions in 1 hour. Yup, you see it right, 300 questions, no typo. However, the 300 questions are basicaly a YES or NO question or AGREE or DISAGREE questions. You can answer them very fast and no need worry about having enough time to answer them or not. All the questions are in BM (Bahasa Malaysia).


Below are a few examples:

1) Saya sentiasa cari peluang untuk membina hubungan interpersonal dengan orang.
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2) Sekolah adalah bertanggungjawab dengan sebarang tindakan guru.
A. Setuju
B. Tidak Setuju

3) Harapan saya ialah dapat belajar daripada orang yang berpengalaman.
A. Setuju
B. Tidak Setuju

4) Saya tidak akan rugi merendah diri demi meningkatkan ilmu pengetahuan.
A. Setuju
B. Tidak Setuju

5) Berbincang dengan rakan sejawat akan merugikan masa.
A. Setuju
B. Tidak Setuju


Answer:

1) A
2) B
3) A
4) A
5) B



I got this from the Google. It might be some errors here and there. So don't blame me, blame Google. :)


Moral of the story : Macam hard je MEdSI ni. Takut -.-


P/S:
1. UIA bukan sahaja memerlukan MEdSI, malah ada interviewnya tersendiri. Lagilah cuak.

So much to do, so little time.

I used the idiom, people. I'm using it! What an improvement. -.-

Since the Final Exam for my Semester 2 is just like, 2 weeks more to go, and we were dibebani with lots and lots and lots of assignments and quizzes which will strongly effected our CGPA. This is serious.

Now, I'm planning to start revising. (Cehh, guna planning. Bkn planning, needed ada lah!)


And this semester, I am taking BEN core courses which is hard and I hate it when people say "BEN students ni senang la, belajar language je). Memang, memang your head is sooo deserved to be smacked. All courses are the same! If it is that easy, It won't be offered as a course to be taken by students, tho.

And FYI, ever since high school, I've been dreaming of taking TESL in my degree year. BUT, there are lots lots lots of saingan here in UIAM. What to do, I really need to be working extra hard or else, I won't get the chance, kan?

Please pray for my best that I will get the chance to continue in TESL in IIUM Gombak. Amin.

P/S:
1. Mood exam, malas cakap banyak.

Jan 25, 2011


Please do get well soon, ayah. *Do pray for his best, Amin.

Jan 20, 2011

How to handle stress the easiest way

I often feel tired and so-overly-stress in this study life and you know how I handle it?
Jeng jeng jeng..................

Dengan muka busuk finding the ice cream, time ni pulak UIA takda air. Sungguh, ini ujian.

Jjangg~! Bagus bukan? This doesn't mean that I go hentam all the ice cream and beli banyak-banyak suka hati kau. Sabaq naa, habis duit hang. -.-

Cari kedai ice cream, ask for 2 scoop or suka hati nak berapa, then pay and then search for a place where you can duduk and feel the ice cream as deep as you can. Fullstop. *Warning! Makan ice cream mestilah dalam keadaan duduk ye rakan-rakan, baru sopan mata yang memandang. :)

This is my own way. Thus, ice cream do ease the hotness of the weather. AND it is the cheapest way too. Hua hua, tak percaya? Go dig it yourself.

Moral of the story is:
Never ever complain on what Allah have put on you but instead, bersyukur. 

P/S:
1. Going back tomorrow. For sure Batu Caves jammed. Kenapalah rumah nak kena lalu Batu Caves? *ESHHH, jangan merungut Aisyatun! Awak beruntung masih boleh balik rumah, orang lain? :)

Jan 19, 2011

Fatin, wajib baca.

Fatin, I think that she looks a lot like you or is it just me yang mata spero? Okay, this proves I miss you. hua hua.

*click for enlargement

AND AND The name! Exactly the same! Kau rasa apa? Haihh, sama doee.

P/S:
1. Fatin, fatin. Cepatlah bacaaa.
2. Okay, aku rindu kauu. :'(

SMAC.

Thought at first, I'm not going to participate or have any relationship with sports anymore, especially VOLLEYBALL. Since I lost in the last game when I was in Teknik. (Tak boleh terima hakikat kalah, haha). Okay, UIA have succeeded to persuade me to be back in the game! (*background music 2PM - I'll be back.)

SMAC or Sports and Martial Arts Carnival was held to actually have me back in the game. (okay, sgt perasan) 
A friend called me to ask my consideration to be part of the team since they knew I played volley before. I was like, fikir banyak kali jugak but for the love of volley, I am part of the team! Syukran ya Allah, for lending me this chance.

Alhamdulillah, I was in the team yang sangat cooperative and very very kind capten, again I'm glad to be part of the team. Though we do faced hardship during the training session, without any coach and the classes finished up late, but we do play well out there right, team? AND AND walaupun berbaju Taaruf! Inilah simbol ketaatan pada UIA. *Big applause to BENSS team!

We have proved that without any coach (saja nak balas dendam pada team yang ada coach), we get in the quarter, competing dengan team yang ada coach tuuu, bukan nak bangga, tapi kena bangga la jugak atas effort team sendiri! Yeahh. 

Volley, I miss u. Lets meet up again in UIA Gombak!

Favourite.

** Okay, gambar ini jelas menunjukkan betapa besar muscle aku. BHAHAA

Though we are not in the Finals, but so what? I am proud of what Allah made me capable of doing things.

P:S/
1. Nak main lagi volley. Yeay yeay.
2. Syakila sebuk baca aku menulis entry. Yam Tog sebokkk. Shuhh shuhhh.
3. Mualimah, jom cari Din. ;)

Misi pencarian Din part 1

Ini semua angkara sahabat yang introduce to me Novel Jaja & Din. (Ini salah korang Wawan and Mualimah).

*Who is Din and Why are we trying to search for our own Din?

Name: Burhanudin al-helmi (panggilan Din)
Who? : a character in the novel yang buat aku sangkut. (Mualimah la ni!)
Career : an Ustaz. (awwwwww)
Why I chose him? : sebab he's too perfect although he have imperfection! (again, awww)
Place targetted: our UIA of courseee!

Placing azam in myself, I will not going to make myself berangan of unnecessary things this semester, but this thing breaks off my vision. Ini sangat tak bagus ya. Nak diceritakan how this book makes me addicted to search for my own Din (main character in that), its better if you read yourself to make your own judge to that. But we are soooo eager to find our own Din! (Though it will end up berangan sahaja!)

Lets just wait another part. :)

Jan 18, 2011

Tunggu

Hye hye, tunggu tau. I have a story to share. Just wait.

Jan 9, 2011

inilah lelaki zaman skrg.

Bab yang paling aku tak suka adalah part nak tackle. Minta maaf, sorry, aku tak layan buat masa ini. Lagi-lagi dengan kau yang suka gunakan agama nak main-main dengan aku. Memang aku pantang sangat. Haih, apa point kau ckp dgn aku "dulu aku tabligh la, sekolah agama lahh" and you're telling me all those kisah nabi yang suppose nak impress aku while you talk? Again, sorry aku tak layan. Ini adalah namanya orang gunakan agama untuk tackle perempuan.

Agama. One important thing. Aku sangat tak suka orang main-main dengan agama. 'To those who care about AdDin, Insyallah Allah will care you back'. I don't have any right to point you out, but let Allah judge that. Sekian terima kasih.

P:S/
1. Sakit hati. Lelaki semua hampir sama. So, kawan, hati-hati.

Jan 7, 2011

Busy week.

Sorrylah, blog ini sudah lama tidak berusik maka muncullah ada term-nya tersendiri iaitu berHABUK. Saya memang tidak layak digelar blogger tegar. Kehkeh. Bukan apa, idea terbantut untuk menulis since my class scheduled were full and saya pun berlagaklah kononnya due to busy-ness, blog ini menjadi mangsa untuk tidak diusik langsung. Ok, sekian terima kasih.

Nak diceritakan kononnya busy sangat minggu ini, ini adalah salah sebuat faktornya. Kami, UIA students dibalun untuk meng-expressive corner-kan diri agar jati diri serta keyakinan para pelajar kuat. *ada ciri-ciri dean tak? :)

Inilah saat groupku meng-expressivekan diri kami. Tenyata saya (beranak patanah tu haa) harus berada dibelakang, dimaklumkan alasannya kerana tinggi. As always, dah biasa dahh :p

Alhamdulillah, semester ini Allah nak uji. Dikelilingi rakan-rakan yang cukup pandai serta CANTIK, terasa rendah diri ini. Takpa, ini pemangkin semangat!

Siapalah saya dikalangan mereka..

Takpa, bertekad lepas ini saya akan sedaya upaya update blog sekerap yang mungkin. Hehee

Yoon A, SNSD
Wanita ini sekali lagi menjadi benchmark saya untuk menjadi kurus sepertinya-h! Hwaiting! :)

P/S:
1. Poetry telah naik ke tangga 1, Liinguistic jatuh ke tangga ke-100. Tahniah Poetry, kerana buat saya jatuh cinta dengan anda. 
2. Exam sudah mahu dekat, tetapi saya masih pura-pura tidak sedar. Sekian terima kasih.

Jan 1, 2011

2011

Harapan 2011 - Aku dan sahabat...
> Bantu aku kurang berkata-kata perkara sia-sia
> Bantu aku untuk memahami ajaran-Nya
> Bantu aku supaya hatiku tabah bercinta dengan-Nya
> Bantu aku supaya emosiku tak mudah terusik dunia
> Bantu-membantu amalan mulia.



P/S:
1. Termakbullah doa ini. Amin.