Apr 9, 2011

karenah diri - sendiri

Sambung cerita semalam. Handphone hilang.

Ya Allah, malam itu punyalah aku tak boleh tidur, memikirkan soal hp aku hilang. Astagfirullah. Kejap-kejap terjaga dari tidur. Tumpang bilik kawan aku, since dia tinggal sorang dekat bilik dia.

Tiba - tiba, pagi tu, around 8 am, satu announcement menggegarkan Mahallah kami. *Siapa yang ada hilang handphone, sila jumpa Encik Badrul.* Hamek kau, aku punyalah terkejut, bangun berdiri secara sentap. Basuh-basuh muka sikit, then terus bergegas ke post guard dengan tidak mandi. Terima kasih. -.-

"Makcik, tadi ada announcement pasal hp hilang tu. Siapa Encik Badrul ye?", soal aku. Rupa-rupanya, Encik Badrul itu pakcik kedai pakcik tu haa. Aku pun, apa lagi, lari marathon ke kedai pakcik la. Tanya-tanya pakcik, pakcik kata pekerja dia, J, yang jumpa kat dalam pokok-pokok tengah-tengah mahallah ni. Ya allah, aku punya lah sangat bersyukur, sujud syukur kat situ jugak. J, menyesal aku selalu ejek kau cakap 'Balawasi, balawashi', end up, kau yang jumpa handphone aku. Terima kasih laaa. T.T

Moral of the story: Aku yakin, InsyaAllah, aku kita percaya and redha dengan Allah, Dia akan tolong kita. Barang halal, insyallah, jumpa balik. Lepas ni, gantung handphone kat matric card! -.-'

Apr 8, 2011

Ujian berat.

Handphone saya hilang. Saya tak tentu arah mencari sekeliling Mahallah sehinggakan saya sendiri merasakan I lost a few kg hanya mencari handphone yang hilang. Ada hikmah disebalik semua ini. Saya yakin. :'(

Handphone, handphone. Siapa tak sayang kan. Baru sekarang saya sgt memahami why those people who lost their phone would terribly go around like crazy. Lagi-lagi kes mcm saya ni, baru beberapa saat tertinggal, turn back balik, sudah lesap! Kejamnya manusia itu. T.T

Kalau difikirkan kembali, ada hikmah semua ini. Kalau tidak kerana Allah meletakkan hati hambanya kekuatan and ketabahan, tak mampu rasanya saya untuk meluahkan perasaan di blog ini. Ada hikmah kan. :")

Semoga pencuri tersebut terbuka hatinya and berfikir kembali mencuri itu adalah salah. Atau mungkin, dia tidak cukup duit untuk perbelanjaan harian di UIA ini, since elaun tak masuk untuk short semester ini. Takpa laa, die perlukan duit tu agaknya.

Tapi, sudah semestinya saya bakal dimarahi oleh parents saya nnti. Redha je laa. Yang penting, kena bergegas ke Celcom Center, nak renew sim card.

Moral of the story: Setiap yang kita punya adalah milik Allah swt. Belajarlah untuk bersyukur. :) And JANGAN CARELESS. *Salah diri sendiri. T.T

to Emma.

I dedicated this post to my loveliest friend, Emma Aziz, for her birthday. Happy Birthday, sweetie. May Allah bless you and please know that, my Du'a is always with you. I love you.

your old friend,
Aisyatun Nadhirah <3