Apr 9, 2011

karenah diri - sendiri

Sambung cerita semalam. Handphone hilang.

Ya Allah, malam itu punyalah aku tak boleh tidur, memikirkan soal hp aku hilang. Astagfirullah. Kejap-kejap terjaga dari tidur. Tumpang bilik kawan aku, since dia tinggal sorang dekat bilik dia.

Tiba - tiba, pagi tu, around 8 am, satu announcement menggegarkan Mahallah kami. *Siapa yang ada hilang handphone, sila jumpa Encik Badrul.* Hamek kau, aku punyalah terkejut, bangun berdiri secara sentap. Basuh-basuh muka sikit, then terus bergegas ke post guard dengan tidak mandi. Terima kasih. -.-

"Makcik, tadi ada announcement pasal hp hilang tu. Siapa Encik Badrul ye?", soal aku. Rupa-rupanya, Encik Badrul itu pakcik kedai pakcik tu haa. Aku pun, apa lagi, lari marathon ke kedai pakcik la. Tanya-tanya pakcik, pakcik kata pekerja dia, J, yang jumpa kat dalam pokok-pokok tengah-tengah mahallah ni. Ya allah, aku punya lah sangat bersyukur, sujud syukur kat situ jugak. J, menyesal aku selalu ejek kau cakap 'Balawasi, balawashi', end up, kau yang jumpa handphone aku. Terima kasih laaa. T.T

Moral of the story: Aku yakin, InsyaAllah, aku kita percaya and redha dengan Allah, Dia akan tolong kita. Barang halal, insyallah, jumpa balik. Lepas ni, gantung handphone kat matric card! -.-'

1 comment:

eye_faa said...

alhamdulillah aisyaa :)