Nov 12, 2011

What is Muslimah sejati actually?


Akhwat sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Akhwat sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al - Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al - Qur’an tersebut.
Akhwat sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana ia mampu membentengi hati.
Akhwat sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Akhwat sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktivi solatnya.
Akhwat sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman - teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Akhwat sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud
Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya.
Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.
Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.
Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Akhwat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.
Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari Kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
-Unknown (Via Farhanah Ehsan <3)

Nov 9, 2011

yang lepas, let it go.

Assalamualaikum. :)


Every sinner have a future, every pious have a past.


Kehidupan perlukan pengorbanan dan perubahan. Itu yang mengajar kita.


Dulu, saya pernah berada dalam zaman 'jahiliah saya'. Pengalaman bersekolah di sekolah kristian, banyak merosakkan saya. Tenggelam dengan keseronokan dunia. Ibu ayah tidak dihiraukan. Baran menguasai diri.


Bukan aku tidak menutup aurat, aku membalut aurat. Nauzubillah
Bukan tidak pandai menjaga masa, leka membazirkan masa. Nauzubillah
Lebih pentingkan kawan dari segalanya. Nauzubillah.
Syukur Alhamdulillah, seribu kali syukur SM Teknik Gombak selamatkan saya.


Di teknik, Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. Mengajak ke jalan yang benar. Belajar erti sabar. Semuanya indah atas Kuasa-Nya. Sungguh, rasa bagai baru lahir ke dunia baru.
Bergelar ahli surau pada waktu form 4, itu sudah cukup jadi bahan ketawa kawan sekolah dulu. Pedih, siapa tak pedih diketawa begitu. Tetapi bagiku, itu bukan hinaan, pujian untuk saya terus bermujahadah!


Mujahadah itu payah, kerana syurga itu indah.


2 tahun berada dalam kelompok yang sentiasa mengingatkan aku tentang hebatnya Allah, rasa bagai beribu tahun dah. Indah. ALHAMDULILLAH.


Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
[al-Anfaal, 8:29] 


Indah jalan yang Dia aturkan untuk saya. Lepas SM Teknik Gombak (yang bagai SM Tahfiz Gombak pada saya :D), Dia bagi laluan UIA pada saya. Bertemu, berjumpa orang-orang yang memperjuangkan Hak Dia.


Syukur, InsyaAllah saya masih berada pada jalan INI. :")


+ Maka pada sesiapa yng pernah bersekolah agama/DQ, bersyukurlah. Saya teringin. Sangat.


P/S: Masing-masing ada pengalaman masing-masing. Don't judge people by his past, judge how he plans for his future. :)

tak perlu.

" Aisyatun, blog kau tak fames la. Tak bnyk follower pun."
" Semua entry kau tak berkomen pun. Loser laa"

Banyak yang kata macam ni.

Maaflah, Bukan nama, populariti yang saya kejar.
Biarlah tak ramai kenal pun, lagi ramai kenal la saya tak berape minat.
Biarlah sesiapa je yang sudi. I don't mind. :)


P/S: Bila nak kurus ni? Kena usaha lebih :D

Nov 8, 2011

Assalamualaikum :)
Demi memenuhi request Aimi, seorang sahabat. Sila hiraukan, jika rasa kurang bermanfaat. :)

11 things about myself:

1. I look like the youngest but the fact is, I'm the eldest in my family.
2. Orange is my favourite colour. Don't hate my kitchen if you see my kuali is orange in colour. (haha, over la kan)
3. Volleyball is my bestfriend, one of it. So, kalau anda spike kuat, jom ajar saya.
4. Allah menganugerahkan pada saya wajah yang biasa, sebab saya yakin, wanita solehah tidak ingin dipandang dan di puja lelaki bukan mahram.
5. Saya suka sukan tidak bermakna saya ganas. Muka je ganas, hati cute. :D
6. Amat mudah tersentuh dengan kebaikan orang. Yakin itu juga dtg dari Allah.
7. Saya rasa semua orang ada tanggungjawab sebagai seorang daie. WAJIB tunaikan.
8. Bergelar seorang pelajar UIAM.
9. Berpegang pada " Allah gives us things that we NEED, not things that we WANT".
10. Saya simple je orangnya. Mungkin selekeh? :D
11. Amat tidak reti buat ayat-ayat sastera, bunga, walaupun bergelar pelajar sastera. Maaflah if ayat-ayat saya macam ape je -.-'

P/S : Rindu usrah. :'

minta yang mahu, dapat yang perlu.

Some of the family of uia's naqibs and naqibahs.
Assalamualaikum. :)

Pernah diberi peluang oleh Allah, mengendali usrah di UIA. Berbekal ilmu yang ada, mungkin masih tak layak bergelar naqibah, saya teruskan jugak. Ikut gerak hati, 'Aisyatun, kau kena belajar handle benda ni. Kalau tak sampai bila2 tak belajar'. Betul jugak kan.

Pada awalnya, borang untuk menjadi calon FRC dibuka, saya bergegas ke STAD, dengan harapan tinggi ingin jadi barisan ketua FRC. Melepasi interview yang tidak kurang hebatnya, saya berpeluh sebaldi keluar dari interview. Mana tidaknya, time aku je ade Bro. Izdihar, Ustaz Majid and Sir Razak, semuanya orang atasan. T.T

Alhamdulillah, diterima masuk dalam keluarga FRC. Namun, setelah menghadapi kem Fasttrain FRC, saya diberitahu saya tidak tersenarai dalam barisan atas/ line-up FRC.

Siapa tidak sedih. TETAPI, kata-kata Abg. Shahidan terus menaikkan semangat saya.
"Yang tidak terpilih bukanlah tidak bagus, cuma Allah bagi peluang pada orang lain untuk asah bakat mereka. Mungkin kita dah bagus, Husnuzon dengan Allah okay? " :')

Berbekalkan semangat yang ada, saya kendalikan usrah/study circle selama 10 minggu. Alhamdulillah, bukan setakat saya menyampaikan, malah saya jugak dapat.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Risau juga,takut mungkin adik-adik usrah 'bosan' dengan cara saya. Maaflah adik-adik uii, akak korang ni mungkin banyak merapuu. Tetapi, bak kata HH, Presiden FRC,

"Jika isi yang disampaikan lapuk, saya mula sedar sebab apa isi yang sama sering diputarkan.
Kerana ia isu yang tak pernah selesai dan cuba diselesaikan oleh mereka yang sudah tahu.
Jika cara penyampaian mereka tidak mantap, saya menilai kembali siapakah saya yang tak pernah ke depan untuk menyampaikan ilmu yang sudah saya hadam." <3

Moral of the story, Saya rasa mungkin apa yang saya MINTA untuk berada dalam line-up bukan yang terbaik buat saya. Saya PERLU belajar mengendali usrah, sebab kita semua daie kan? :)


P/S : Rasa nak kurus balik lah. Jom jogging? :)

Nov 4, 2011

When the simplest thing in the world, like goreng ikan, you failed.




Sekian.


P/S : Nak bajet wordless wednesday, tapi bnyk pulak cakapnyaa. -.-'