Nov 8, 2011

minta yang mahu, dapat yang perlu.

Some of the family of uia's naqibs and naqibahs.
Assalamualaikum. :)

Pernah diberi peluang oleh Allah, mengendali usrah di UIA. Berbekal ilmu yang ada, mungkin masih tak layak bergelar naqibah, saya teruskan jugak. Ikut gerak hati, 'Aisyatun, kau kena belajar handle benda ni. Kalau tak sampai bila2 tak belajar'. Betul jugak kan.

Pada awalnya, borang untuk menjadi calon FRC dibuka, saya bergegas ke STAD, dengan harapan tinggi ingin jadi barisan ketua FRC. Melepasi interview yang tidak kurang hebatnya, saya berpeluh sebaldi keluar dari interview. Mana tidaknya, time aku je ade Bro. Izdihar, Ustaz Majid and Sir Razak, semuanya orang atasan. T.T

Alhamdulillah, diterima masuk dalam keluarga FRC. Namun, setelah menghadapi kem Fasttrain FRC, saya diberitahu saya tidak tersenarai dalam barisan atas/ line-up FRC.

Siapa tidak sedih. TETAPI, kata-kata Abg. Shahidan terus menaikkan semangat saya.
"Yang tidak terpilih bukanlah tidak bagus, cuma Allah bagi peluang pada orang lain untuk asah bakat mereka. Mungkin kita dah bagus, Husnuzon dengan Allah okay? " :')

Berbekalkan semangat yang ada, saya kendalikan usrah/study circle selama 10 minggu. Alhamdulillah, bukan setakat saya menyampaikan, malah saya jugak dapat.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Risau juga,takut mungkin adik-adik usrah 'bosan' dengan cara saya. Maaflah adik-adik uii, akak korang ni mungkin banyak merapuu. Tetapi, bak kata HH, Presiden FRC,

"Jika isi yang disampaikan lapuk, saya mula sedar sebab apa isi yang sama sering diputarkan.
Kerana ia isu yang tak pernah selesai dan cuba diselesaikan oleh mereka yang sudah tahu.
Jika cara penyampaian mereka tidak mantap, saya menilai kembali siapakah saya yang tak pernah ke depan untuk menyampaikan ilmu yang sudah saya hadam." <3

Moral of the story, Saya rasa mungkin apa yang saya MINTA untuk berada dalam line-up bukan yang terbaik buat saya. Saya PERLU belajar mengendali usrah, sebab kita semua daie kan? :)


P/S : Rasa nak kurus balik lah. Jom jogging? :)

No comments: