Nov 9, 2011

yang lepas, let it go.

Assalamualaikum. :)


Every sinner have a future, every pious have a past.


Kehidupan perlukan pengorbanan dan perubahan. Itu yang mengajar kita.


Dulu, saya pernah berada dalam zaman 'jahiliah saya'. Pengalaman bersekolah di sekolah kristian, banyak merosakkan saya. Tenggelam dengan keseronokan dunia. Ibu ayah tidak dihiraukan. Baran menguasai diri.


Bukan aku tidak menutup aurat, aku membalut aurat. Nauzubillah
Bukan tidak pandai menjaga masa, leka membazirkan masa. Nauzubillah
Lebih pentingkan kawan dari segalanya. Nauzubillah.
Syukur Alhamdulillah, seribu kali syukur SM Teknik Gombak selamatkan saya.


Di teknik, Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. Mengajak ke jalan yang benar. Belajar erti sabar. Semuanya indah atas Kuasa-Nya. Sungguh, rasa bagai baru lahir ke dunia baru.
Bergelar ahli surau pada waktu form 4, itu sudah cukup jadi bahan ketawa kawan sekolah dulu. Pedih, siapa tak pedih diketawa begitu. Tetapi bagiku, itu bukan hinaan, pujian untuk saya terus bermujahadah!


Mujahadah itu payah, kerana syurga itu indah.


2 tahun berada dalam kelompok yang sentiasa mengingatkan aku tentang hebatnya Allah, rasa bagai beribu tahun dah. Indah. ALHAMDULILLAH.


Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
[al-Anfaal, 8:29] 


Indah jalan yang Dia aturkan untuk saya. Lepas SM Teknik Gombak (yang bagai SM Tahfiz Gombak pada saya :D), Dia bagi laluan UIA pada saya. Bertemu, berjumpa orang-orang yang memperjuangkan Hak Dia.


Syukur, InsyaAllah saya masih berada pada jalan INI. :")


+ Maka pada sesiapa yng pernah bersekolah agama/DQ, bersyukurlah. Saya teringin. Sangat.


P/S: Masing-masing ada pengalaman masing-masing. Don't judge people by his past, judge how he plans for his future. :)

No comments: